Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

P.Pinang sumbang RM1,000 kepada keluarga enam anggota bomba lemas


Tarikh kemaskini: 05/10/2018




GEORGE TOWN, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menyampaikan sumbangan RM1,000 untuk setiap keluarga enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Taman Putra Perdana, Puchong pada Rabu malam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo yang mewakili kerajaan negeri menyampaikan sumbangan sebanyak RM6,000 kepada Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Pulau Pinang Muhammad Tarmizi Md Jaafar.

Jagdeep berkata wang tersebut adalah sebagai penghormatan kepada anggota bomba yang lemas dalam kejadian berkenaan. 

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang menzahirkan takziah dan rasa simpati terhadap semua keluarga mangsa terlibat, kejadian tersebut adalah satu tragedi yang tidak akan dilupakan rakyat Malaysia kerana mereka semua sedang bertugas untuk menyelamatkan orang.

"Saya berharap keluarga mangsa tabah menghadapinya dan saya juga percaya pengorbanan mereka yang kehilangan nyawa sewaktu menjalankan tugas itu amat dirasai oleh semua (rakyat Malaysia)," katanya.

Enam penyelam PPDA JBPM lemas ketika melakukan operasi SAR seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 9.15 malam Rabu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan

 
     

Populasi badak sumbu Sumatera tidak lagi dikesan di Sabah

 
     

Kerajaan Kedah pinjam bank luar, tambah baik infrastruktur bekalan air

 
     

Sektor industri disasar sumbang 35 peratus kpd KDNK Sabah menjelang 2030

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel