Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

AMK sambut baik saranan MBM untuk martabat golongan muda


Tarikh kemaskini: 05/10/2018





GEORGE TOWN, 5 Okt (Bernama) -- Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik saranan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mua’amar Ghadafi Jamaluddin untuk memartabatkan golongan muda dalam negara.

Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin berkata saranan itu bertepatan dengan aspirasi Malaysia Baharu yang ingin melihat golongan muda menjadi suara penting dalam pembentukan negara.

"Bagaimanapun AMK berharap MBM dapat melaksanakan penetapan had umur bagi kategori orang muda antara 15 tahun hingga 30 tahun, berbanding umur 15 hingga 40 tahun sebelum ini.

"Kami berpendapat had umur 15 hingga 30 tahun itu adalah umur yang sesuai dikategorikan sebagai orang muda dan sewajarnya hanya orang muda yang berumur bawah 30 tahun itulah selayaknya dipilih menjadi pemimpin dalam kalangan mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini sebagai mengulas ucapan Mua'amar Ghadafi pada mesyuarat perhimpunan agung tahunan MBM kali ke-67 semalam yang antara lain bertekad untuk memartabatkan golongan muda di Malaysia.

Dr Afif, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa serta Kesihatan Pulau Pinang, berkata AMK berhasrat meminta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar menyegerakan pelaksanaan had umur orang muda itu untuk memacu golongan berkenaan ke arah yang lebih baik pada masa hadapan.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel