Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hospital Pulau Pinang cari waris mayat lelaki


Tarikh kemaskini: 05/10/2018




GEORGE TOWN, 5 Okt (Bernama) -- Hospital Pulau Pinang (HPP) mencari anggota keluarga atau waris kepada seorang lelaki yang meninggal dunia di hospital itu pada 27 Sept lepas dan sehingga kini mayatnya masih ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik HPP. 

Pengarah HPP Datuk Dr Norsidah Ismail berkata tiada sebarang pengenalan diri bersama lelaki dewasa itu dan mangsa meninggal dunia disebabkan radang paru-paru.

"Pihak hospital tidak mempunyai sebarang maklumat terutama nama, nombor kad pengenalan, keturunan atau warganegara dan agama lelaki itu. Jadi kami meminta kerjasama orang ramai untuk mencari anggota keluarga atau waris mangsa," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata anggota keluarga atau waris kepada lelaki itu diminta hadir di Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk membuat pengecaman dan urusan pengebumian.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel