Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekas Naib Canselor UniMAP dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP


Tarikh kemaskini: 05/10/2018





KANGAR, 5 Okt (Bernama) -- Bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah universiti itu berkuat kuasa Isnin lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UniMAP, Kamarudin dilantik menjawat jawatan itu bagi tempoh tiga tahun sehingga 30 Sept 2021.

Dalam kenyataannya, beliau melahirkan rasa syukur kerana diberikan peluang oleh Kementerian Pendidikan dan berikrar akan memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan UniMAP terus maju ke hadapan.

Kamarudin sebelum ini menjadi rektor di Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) pada 2002 dan menjadi Naib Canselor UniMAP selepas dijenamakan pada 2007.

Beliau melepaskan jawatan Naib Canselor universiti itu pada 2016 selepas 14 tahun berkhidmat dan menjadi antara naib canselor paling lama berkhidmat di negara ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel