Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penduduk kesal tiada tindakan tangani masalah banjir kilat


Tarikh kemaskini: 05/10/2018




KUALA PERLIS, 5 Okt (Bernama) -- Penduduk di Taman Kuala Perlis di sini, hari ini kesal masalah banjir kilat yang sering berlaku di tempat mereka masih gagal ditangani menyebabkan penduduk di lebih 40 buah rumah resah setiap kali berlakunya hujan lebat.

Goh Took Yong, 66, yang mengusahakan inap desa berkata masalah itu berlaku apabila setiap kali hujan lebat, air akan masuk ke dalam rumah menyebabkan pelbagai barangan miliknya rosak dan mengalami kerugian ribuan ringgit.

"Saya yang dah duduk di taman ini lebih 20 tahun, setiap kali hujan saya terpaksa tanggung kerugian  akibat air yang masuk ke dalam rumah dan bukan saya seorang saja yang kena penduduk lain pun sama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau sebelum ini sudah mengubahsuai rumahnya dengan cara menaikkan lagi struktur bahagian rumah namun masalah itu masih belum selesai.

Beliau turut mendakwa sistem pintu air yang diseliakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang berhampiran dengan taman itu rosak selain longkang yang airnya penuh dengan cepat bila setiap kali hujan.

Seorang lagi penduduk Shahril Hafidzal Hakimin, 35, berkata sistem perparitan yang ada juga gagal menyelesaikan masalah berkenaan.

Beliau berkata JPS sepatutnya perlu memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik dengan melakukan penyelenggaraan secara bersistematik.

“Longkang yang kecil tidak dapat menampung jumlah air hujan yang banyak selain mengalami masalah longkang yang berbau busuk kerana ia bertakung,” katanya yang telah menetap lebih 10 tahun.

Pengarah JPS negeri Asnol Adzhan Abd Manap ketika dihubungi berkata antara masalah utama berlakunya banjir di kawasan itu disebabkan pam yang sepatutnya menyedut air ke laut rosak akibat  vandalisme di samping masalah sampah sarap menjadi punca air tidak dapat mengalir ke laut dengan baik.

Berikutan itu pihaknya akan mengadakan lawatan tapak dalam masa terdekat ini bagi melihat tindakan  yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     

Pandelela fokus terjunan baharu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel