Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Perak perlu berhati-hati dalam pemilikan harta


Tarikh kemaskini: 05/10/2018




BAGAN SERAI, 5 Okt (Bernama) – Polis Perak perlu sentiasa berhati-hati dalam pemilikan harta bagi mengelak persepsi negatif masyarakat terhadap pasukan keselamatan itu, kata Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hasan.

 Katanya, setiap ketua jabatan dan polis daerah hendaklah lebih komited dalam mengawal dan memantau perkara itu bagi memastikan pasukan keselamatan sentiasa berada di landasan yang betul.

"Kegagalan dalam melaksanakan kawalan terhadap pegawai (polis) yang diselia akan mengakibatkan organisasi dipandang rendah dan dipersoalkan oleh masyarakat," katanya dalam ucapan pada perhimpunan bulanan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Kerian di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Ketua Cawangan Khas Perak SAC Mazlan Santarai.

Dalam pada itu, Hasnan berkata pihaknya menyambut baik pengumuman penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana ia satu mekanisma untuk meningkatkan keyakinan awam terhadap polis.

Selain itu, katanya penubuhan suruhanjaya itu dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa dan meningkatkan kebolehpercayaan organisasi serta meningkatkan displin bagi mengelak anggota polis dari dikenakan tindakan.

Pada 27 Sept lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Rang Undang-Undang (RUU) untuk menubuhkan IPCMC akan dibentangkan di Parlimen bagi menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi mempertingkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel