Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penggunaan bot pam masih diteliti - Polis Sabah


Tarikh kemaskini: 25/09/2018





KOTA KINABALU, 25 Sept (Bernama) -- Isu penggunaan bot pam di perairan Sabah khususnya di pantai timur negeri itu masih diteliti oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.

Beliau berkata setakat ini kebenaran hanya diberikan kepada nelayan kecil bagi menangkap ikan di kawasan pesisir pantai, bukan di laut. 

“Kita akan akur terhadap sebarang keputusan yang diambil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara perbarisan dan amanat Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan,  di sini hari ini.

Pengharaman bot pam itu itu dikuatkuasakan pada April 2016 khususnya bertujuan  mengekang  penggunaan bot tersebut oleh warga asing dalam usaha meningkatkan keselamatan di kawasan perairan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

Bagaimanapun pada 23 Mei lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membenarkan semula penggunaan bot pam di kawasan pesisir pantai bagi membantu golongan nelayan mencari rezeki.

Mengulas perkembangan lain, Omar berkata pihaknya belum menerima laporan daripada pelakon yang mendakwa hampir menjadi mangsa culik ketika menjalani penggambaran filem di Semporna baru-baru ini.

“Kita telah minta kepada beliau (pelakon) untuk membuat laporan polis tapi setakat ini tiada laporan polis dibuat cuma membuat kenyataan di dalam media dan sekiranya betul ada cubaan menculik buatlah laporan polis,” katanya.

Bulan lepas, akhbar melaporkan pelakon Hairul Azreen dan Ammar Alfian mendakwa  mereka hampir  menjadi mangsa culik lanun ketika menjalani penggambaran filem Paskal di Semporna.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Najib tidak pernah tanya mengenai terlebih pengeluaran dalam akaunnya - Saksi

 
     

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel