3Pb1tPWDOkg Kumpulan penculik minta wang tebusan RM4 juta dari keluarga mangsa
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kumpulan penculik minta wang tebusan RM4 juta dari keluarga mangsa


Tarikh kemaskini: 25/09/2018




KOTA KINABALU, 25 Sept (Bernama) -- Polis mengesahkan keluarga dua rakyat Indonesia yang diculik di perairan Pulau Bodgaya, Semporna pada 11 Sept lalu menerima panggilan telefon daripada kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFR) meminta wang sebanyak RM4 juta.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata isteri seorang daripada mangsa yang berada di Sulawesi menerima panggilan telefon daripada kumpulan itu pada 18 Sept lalu kira-kira 10.24 pagi.

“Setakat ini, isteri salah seorang mangsa telah menerima panggilan daripada suspek yang meminta wang tebusan tetapi tiada tempoh yang diberikan untuk membuat pembayaran wang berkenaan.

“Bagaimanapun kami akan tunggu perkembangan seterusnya, mungkin ada rundingan antara keluarga mangsa dan majikan mangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara perbarisan dan amanat Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini hari ini.

Pada 11 Sept lalu, dua nelayan warga Indonesia berusia 30-an diculik oleh dua lelaki bersenjata ketika sedang menangkap ikan di Pulau Bodgaya, Semporna kira-kira 12.30 tengah malam.

Dalam pada itu, Omar berkata berikutan kejadian dua lelaki dipercayai ejen jenayah penculikan untuk wang tebusan (KFR) yang ditembak mati pada 21 Sept lalu, polis turut menerima beberapa maklumat daripada nelayan yang melihat pergerakan pam bot disyaki sebagai tali barut.

Oleh itu, Omar berkata kawalan keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah akan diperketatkan bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Saya diminta letak jawatan - Bekas pegawai bank Ambank

 
     

Kerajaan lulus RM34 juta untuk sambung bina rumah kedua generasi Felcra

 
     

Najib tidak pernah tanya mengenai terlebih pengeluaran dalam akaunnya - Saksi

 
     

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel