LMYooUoPdQQ 24 gelandangan diselamatkan dalam operasi bersepadu di Sandakan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

24 gelandangan diselamatkan dalam operasi bersepadu di Sandakan


Tarikh kemaskini: 24/09/2018




SANDAKAN, 24 Sept (Bernama) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan 24 gelandangan dalam Operasi Bersepadu membendung gejala kutu rayau dan gelandangan di sekitar bandar Sandakan semalam.

Operasi bersepadu  itu  bermula jam 11 malam hingga 1.30 pagi itu disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia dan juga Majlis Perbandaran Sandakan telah menyelamatkan 15 lelaki, enam wanita dan tiga kanak-kanak.

Penolong Pengarah Bahagian JKM Sandakan Kasrin Atchil berkata gelandangan berstatus rakyat tempatan adalah seramai 14 orang dan selebihnya warganegara asing.

“Gelandangan rakyat tempatan itu biasanya diabaikan keluarga atas faktor masalah keluarga dan tindakan selanjutnya yang akan diambil termasuklah memanggil waris mereka untuk mengenal pasti masalah terbabit.

“Gelandangan warga asing akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas operasi itu.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     

Polis Kedah rampas syabu RM2.5 juta, tahan keldai dadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel