Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Agensi KKMM berperanan jaya usaha pelaksanaan SST- KSU KKMM


Tarikh kemaskini: 24/09/2018





KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian  Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor berkata pelbagai agensi di bawah KKMM memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan menjayakan pelaksanaan sistem percukaian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Beliau berkata agensi KKMM seperti Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) adalah pelengkap ke arah usaha itu bersandarkan kepada teras utama KKMM untuk "Menghubung Rakyat" serta “Membina Masyarakat Bermaklumat".

"KKMM melalui jabatan dan agensi di bawahnya berupaya memberikan sokongan dalam memasarkan dan menyebar luas maklumat berkenaan pelaksanaan dasar baharu ini kepada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara.

"Penggunaan pelbagai platform komunikasi yang tersedia di jabatan dan agensi masing-masing dapat memastikan penyampaian secara komunikasi bersepadu yang berkesan," katanya dalam ucapannya sempena program "Taklimat Khas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)" di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik KKMM Datuk Almain Ajirul.

Pada majlis itu, ceramah disampaikan oleh Venitha Lojuti, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah dan Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dari Putrajaya Mohd Isam Abdullah.

Menurut beliau, RTM dan BERNAMA boleh mencapai jangkauan penyampaian maklumat yang meluas dan pantas melalui pelbagai kaedah seperti program bual bicara, laporan berita dan hebahan infografik yang disiarkan melalui televisyen, radio dan laman berita dalam talian.

Jabatan Penerangan Malaysia melalui  pendekatan 'advicacy', 'outreach' dan 'engagement' pula memainkan peranan yang penting untuk mendekati dan memberi penjelasan kepada masyarakat secara bersemuka melalui program-program penerangan di lapangan.

Usaha agensi-agensi KKMM itu amat penting bagi membina persepsi positif dalam kalangan masyarakat berhubung pelaksanaan SST seterusnya membolehkan ianya difahami dan diterima masyarakat.

Menurut Dr Mohd Ali, memandangkan platform media baharu, seperti diketahui umum, mempunyai pengguna meluas dan menjadi antara sumber rujukan utama bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini, jadi agensi KKMM juga perlu menggunakan platform berkenaan untuk menyampaikan mesej berkaitan SST.

"Justeru, semua jabatan dan agensi KKMM boleh mempergiatkan usaha penyampaian maklumat SST dan penjelasan kepada masyarakat khususnya kepada golongan muda melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Isntagram dan Youtube, yang dikendalikan oleh pihak masing-masing, bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian itu," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel