Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Timbalan Menteri buat laporan polis nafi dakwaan jalin hubungan sulit


Tarikh kemaskini: 24/09/2018




KOTA KINABALU, 24 Sept  (Bernama) – Seorang timbalan menteri persekutuan membuat laporan polis untuk menggesa pihak berkuasa menyiasat penulis sebuah blog yang mendakwa berlaku hubungan sulit antara Anggota Parlimen Kota Belud itu dengan pegawai khas beliau.

Isnaraissah Munirah Majilis, timbalan menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, membuat laporan polis itu semalam di Subang Jaya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan terhadapnya seperti yang terkandung dalam catatan penulis blog itu pada Sabtu lepas.

"Saya membuat laporan ini untuk membersihkan nama saya dan keluarga. Saya juga  mahu penulis portal ini disiasat,” jelas beliau.

Munirah, yang juga Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan), mendapat tahu tentang artikel itu menerusi pautan yang dihantar kepadanya oleh seorang kawan melalui aplikasi WhatsApp.

Mengenai akaun Facebook beliau, Anggota Parlimen itu menegaskan beliau tidak terlibat dalam sebarang hubungan sulit seperti yang didakwa oleh penulis blog itu.

"Artikel oleh penulis blog itu berniat jahat dengan tujuan merosakkan nama baik saya sebagai seorang wakil rakyat,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel