Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Chong mahu Masing jelaskan cara pelaksanaan projek jalan, bekalan air


Tarikh kemaskini: 23/09/2018




KUCHING, 23 Sept (Bernama) -- DAP Sarawak mengalu-alukan inisiatif Lembaga Pembangunan Upper Rejang (URDA) untuk membawa pembangunan jalan dan bekalan air ke lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Ngemah, Machan, Pelagus, Katibas, Bukit Goram, Baleh, Belaga dan Murum.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, walaupun projek-projek itu berskala besar, URDA berhasrat untuk melantik hanya tiga perunding bagi pembinaan jalan dan jambatan serta satu perunding bagi projek bekalan air. 

Jumlah projek terdiri daripada 20 pakej pembinaan jalan raya dengan jumlah anggaran bernilai RM1,181 juta, satu pakej projek jambatan dengan nilai dianggarkan RM14 juta dan 15 pakej projek bekalan air dengan jumlah nilai dianggarkan RM277 juta.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan anggota Parlimen Stampin berkata, Tan Sri Dr James Masing selaku Pengerusi URDA perlu memberikan penjelasan yang memuaskan kepada beberapa persoalan berhubung dengan isu tersebut.

Persoalan itu antaranya ialah adakah benar URDA berhasrat untuk melantik tiga perunding untuk 21 pakej pembinaan jalan dan projek jambatan serta satu perunding bagi 15 pakej projek bekalan air? Jika benar, mengapa?

Menurut Chong, ada ada 50 firma perunding kejuruteraan awam di Sarawak, yang kini kurang mendapat tawaran kerja-kerja akibat kelembapan ekobomi. 

"Mengapa kerajaan negeri tidak mengagihkan keerja-kerja itu secara adil kepada firma-firma di Sarawak dan tidak sebaliknya memberikannya hanya kepada beberapa orang terpilih?" beliau bertanya.

Oleh itu, beliau menggesa kerajaan negeri tidak kembali kepada kronisme zaman dahulu sambil berkata dasar kerajaan negeri bukan sahaja menimbulkan keraguan terhadap integriti URDA tetapi juga pengerusinya dan seluruh kerajaan negeri.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata Masing harus memastikan semua projek kerajaan negeri dilaksanakan secara telus dan adil termasuk dalam pelantikan perunding.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel