Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP akan umum langkah atasi penyeludupan keluar barang dari Sabah - Saifuddin Nasution


Tarikh kemaskini: 23/09/2018




TAWAU, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengumumkan langkah dan tindakan lebih agresif dalam mengatasi isu penyeludupan keluar barang dari Sabah ke negara jiran.

Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri mengenai isu itu telah dibincangkan melalui pertemuannya dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Memperketatkan kawalan di sempadan dan menambah kecekapan agensi yang terlibat merupakan antara strategi yang difikirkan.

"Kita telah bincangkan strategi bagaimana kerajaan pusat dan Sabah bekerjsama mengatasi perkara ini. Kita akan maklumkan (strategi) apabila dimuktamadkan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian cawangan TeaLive Tawau di sini hari ini.

Mengenai isu penyeragaman harga barang keperluan di negeri ini pula, Saifuddun berkata kementeriannya bersedia merealisasikan perkara itu.

"Kita mahu harga barang keperluan di pedalaman Sabah (diseragamkan) dengan harga barang di Petaling Jaya atau tempat lain dengan memastikan kos tambahan diserap kementerian,” katanya.

Mengenai majlis pelancaran cawangan TeaLive Tawau yang ke-198, Saifuddin optimis industri francais semakin berkembang pesat di negara ini.

"Walaupun baru beroperasi awal tahun ini, cawangan TeaLive Tawau telah memberi impak yang sangat besar kepada pengguna di sini apabila mencatat jualan yang memberangsangkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar para usahawan tempatan mengambil peluang melibatkan diri dalam perniagaan francais yang dapat memberi pulangan lumayan. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel