Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ekspedisi Borneo Briged 31 Infantri tamat di Tawau hari ini


Tarikh kemaskini: 22/09/2018




TAWAU, 22 Sept (Bernama) -- Ekspedisi Borneo yang dianjurkan oleh Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan, di bawah naungan Briged Ke-31 Infantri, tamat di sini hari ini.

Bermula di ICQ Sungai Tujuh Miri pada 17 Sept lepas, ekspedisi itu melabuhkan tirai apabila tiba di destinasi terakhir Tawau.

“Ekspedisi itu merupakan kesinambungan daripada Ekspedisi Kenyalang tahun lepas dari Miri ke Kuching.

“Ekspedisi sejauh 720 km itu menggunakan basikal ‘mountain bike’ ataupun ‘road bike’ mengikut kesesuaian atlit-atlit yang menyertainya,” kata Panglima Briged Ke-31 Infantri, Mejar Jeneral Datuk Fadzil Tajudin ketika ditemui pada majlis penutupan program berkenaan.

Katanya, peserta ekspedisi itu merupakan atlit basikal yang dipilih daripada semua pasukan di bawah naungan Briged ke-31 Infantri dan ekspedisi itu turut disertai peserta Tentera Darat Diraja Brunei bagi memupuk persahabatan erat dengan Tentera Darat Malaysia.

Fadzil berkata antara objektif ekspedisi tersebut adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan meningkatkan tahap kesihatan dalam kalangan anggota Tentera Darat, mengenali dan menyesuaikan diri di kawasan tanggungjawab pasukan sahabat dan mewujudkan perhubungan harmoni antara Tentera Darat dengan agensi awam serta rakyat.

Beliau memaklumkan peserta melalui Miri, Brunei, Limbang, Lawas, Sipitang, Tenom, Keningau, Nabawan, Sapulut dan Kalabakan sebelum berakhir di Tawau.

Pegawai yang bertanggungjawab mengawal pergerakan ekspedisi kayuhan basikan itu Mejar Nor Hishamudin Ahmad, yang ditemui Bernama, berkata laluan yang yang paling mencabar adalah dari Sipitang ke Tenom.

Menurutnya, laluan itu yang berbukit tinggi dan jarak yang jauh mencabar para peserta, namun berjaya dilalui.

--- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel