Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

DAP Sarawak mahu projek bekalan air Tg Manis disiasat


Tarikh kemaskini: 22/09/2018





SIBU, 22 Sept (Bernama) --  DAP Sarawak mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Projek Bekalan Air Tanjung Manis yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara  sebagai tidak  mencapai  sasaran.

Naib Pengerusinya David Wong Kee Woan berkata berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2017, projek tersebut gagal membekalkan air paip kepada penduduk di Tanjung Manis dan Hab Halal Tanjung Manis.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Wong yang juga Anggota Dewan Undangan  Negeri Palawan berkata beliau akan membuat laporan kepada SPRM bagi membolehkan projek tersebut disiasat.

Beliau turut menggesa kerajaan pusat yang diterajui Pakatan Harapan agar membuat laporan kepada SPRM berhubung peruntukan besar yang disalurkan kepada Sabah dan Sarawak di bawah  Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya berdasarkan kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darrell Lieking  bahawa kedua-dua negeri itu masih ketinggalan sekalipun menerima sebahagian besar daripada RM250 bilion yang diperuntukkan sebagai perbelanjaan pembangunan di bawah RMK11, rakyat Sarawak ingin tahu ke mana wang berkenaan dibelanjakan.

Peruntukan itu antara lain untuk meningkat dan menambah baik kemudahan jalan raya, lapangan terbang, pembangunan luar bandar, kemudahan kesihatan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     

Kadar perceraian di Selangor menurun sejak 2016 - Ketua Hakim Syarie Negeri

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel