Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Risiko kebakaran perkampungan atas air dan setinggan boleh dikurangkan - Bomba


Tarikh kemaskini: 21/09/2018





KOTA KINABALU, 21 Sept (Bernama) -- Risiko kebakaran di perkampungan atas air dan kawasan setinggan di Sabah boleh dikurangkan melalui kesepakatan antara agensi berkaitan dan penduduk tempatan, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Sabah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB) Mohd Nordin Pauzi.

Kesepakatan dan penyelarasan pelbagai agensi adalah langkah pencegahan paling berkesan untuk mencegah kebakaran di kawasan seperti itu, katanya.

Diminta mengulas risiko tinggi kebakaran di 170 kawasan perkampungan atas air dan setinggan di seluruh Sabah, beliau berkata ????:

???"Berkaitan dengan perkampungan (atas) air, kita telah pun berbincang dengan kerajaan negeri. Kita berterima kasih kepada komitmen Timbalan Ketua Menteri Sabah (yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah) Datuk Jaujan Sambakong untuk melihat lebih mendalam isu ini.

"Isu ini perlu dikongsi bersama. Bukan soal kebakaran di kawasan rumah atas air sahaja tetapi juga isu penempatan haram, pendawaian elektrik secara haram dan juga masalah lain yang boleh menyumbang kepada faktor kebakaran," katanya kepada pemberita pada majlis serah terima jawatan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah di sini, hari ini. 

Pada majlis itu, Nordin menyerahkan jawatan sebagai Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah kepada PKPjB Kamarulzaman Malik Abdullah. Nordin yang telah berkhidmat selama tujuh tahun di Sabah akan bertukar ke Kuala Lumpur sebagai Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

Menurutnya sekiranya wujud penyelarasan berkesan oleh pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, pihak berkuasa tempatan, Sabah Electricity Sdn Bhd serta Bomba sendiri, maka dengan sendirinya risiko kebakaran di kawasan seperti itu dapat dikurangkan dan operasi kebombaan menjadi lebih mudah.

Sementara itu, Nordin berkata kempen Satu Rumah Satu Alat Pemadam Api (1RAPI), di kawasan perkampungan atas air seperti di daerah Tawau dan Semporna  telah menampakkan beberapa kejayaan.

Justeru, katanya kempen itu akan diperluaskan ke kawasan perumahan atas air lain di seluruh Sabah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya kebakaran dan pentingnya setiap rumah memiliki alat pemadam api.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel