Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kini masa terbaik bangsa Momogun bersatu - Madius


Tarikh kemaskini: 20/09/2018





KENINGAU, 19 Sept (Bernama) --   Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, kini adalah masa paling sesuai bagi bangsa Momogun (orang asal) di negeri ini bersatu dalam kerajaan sedia ada.

Katanya, bangsa Momogun tidak perlu membuang masa panjang untuk memikirkan hala tuju politik mereka pada ketika kerajaan yang ada sekarang sudah kukuh.

"Ini lah kerajaan kita .. kita perlu bersatu di sini. Kita perlu bersatu bersama kerajaan,”  katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian  Mesyuarat Tritahunan Bahagian parti  UPKO Keningau di sini, hari ini.

Pada majis berkenaan, seramai 2,157 onggota  baharu menyertai parti itu iaitu 1,685 dari Keningau dan 472 orang dari  Nabawan.

Madius yang juga pemangku presiden UPKO berkata, rakyat perlu melupakan kesibukan politik sebaliknya menumpukan perhatian untuk meningkatkan keterusan hidup dalam suasana iklim ekonomi negara yang tidak menentu.

Katanya, kerajaan sentiasa berpihak kepada rakyat dan akan berusaha keras untuk meningkatkan taraf hidup mereka tanpa pilih kasih.

Sebelum itu, ketika menghadiri majlis serupa di Nabawan, Madius meminta Anggota Dewan Negeri kawasan  Nabawan Datuk Bobbey Suan supaya kembali  ke pangkuan UPKO.

“Datuk Bobbey masih pemimpin UPKO, namun beliau Bobbey perlu menjelaskan pendirian sebenar. Kita syorkan supaya beliau dengan hati terbuka kembali dan membantu menangani keperluan rakyat di bahagian ini”, katanya.

Sementara itu, pada mesyuarat tritahunan UPKO di Bahagian Keningau dan Nabawan, kedua-dua bahagian sebulat suara  menyokong Madius  sebagai calon Presiden UPKO dan Datuk Donald Peter Mojuntin sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijangka pada Oktober ini.

—BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel