Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Satu tarikh akan ditetapkan untuk keputusan petisyen Parlimen Kimanis


Tarikh kemaskini: 20/09/2018




KOTA KINABALU, 20 Sept (Bernama) --  Mahkamah Khas Pilihan Raya akan menetapkan satu tarikh bagi mengumumkan keputusan petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk kawasan Parlimen Kimanis yang difailkan oleh calon Parti Warisan Sabah (Warisan).

Hakim Supang Lian menetapkan tarikh  itu selepas meneliti semua afidavit dan hujahan bertulis yang difailkan kedua-dua pihak.

Petisyen terhadap kerusi Parlimen Kimanis difailkan oleh Datuk Karim Bujang yang juga calon Warisan bagi kerusi berkenaan pada PRU14 pada 9 Mei lepas.

Karim menamakan Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman sebagai responden pertama, Pegawai Pilihan Raya Parlimen Kimanis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua dan ketiga.

Anifah diwakili barisan peguam Tengku Fuad Ahmad dan Azhari Abdullah, manakala Karim diwakili peguam Rebecca Thong, dan Chong Jia Yi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel