Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Baiki kelemahan edar borang rumah PPR kepada orang ramai


Tarikh kemaskini: 18/09/2018




PUTATAN, 18 Sept (Bernama) – Majlis Daerah Putatan  (MDPTN) diminta memastikan proses pengedaran borang permohonan Projek Perumahan Rakyat (PPR) diaturkan dengan baik bagi mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku.

Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Uda Sulai berkata, jika terdapat sebarang kelemahan atau kesilapan perkara itu perlu diatasi segera bagi memastikan proses itu berjalan dengan lancar.

“Kita berharap kelemahan pengurusan ini diatasi segera dalam memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku di masa hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini mengulas insiden 6,000 penduduk hadir untuk mendapatkan borang (PPR) Putatan di Dewan Sri Putatan yang berasak-asak hingga menimbulkan sedikit kekecohan dan ada pintu kaca di dewan tersebut yang pecah.

Bagaimanapun, situasi itu dapat selesaikan dengan baik atas kecekapan pihak polis.

Uda merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran sesi pengambilan borang tersebut yang bermula jam 8 pagi tadi.

Untuk rekod, borang permohonan bagi 500 unit PPR Putatan yang bernilai RM5 sekeping itu dikelolakan sepenuhnya pihak MDPTN.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Lapor berita benar, jangan mengadu domba, jaga sensitiviti, kata Undang Luak Jelebu kepada media

 
     

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

 
     

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel