Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penduduk Kampung Dibelenggui Masalah Bekalan Air Berpanjangan 


Tarikh kemaskini: 18/09/2018




 

SANDAKAN, 18 Sept (Bernama) -- Walaupun telah mendapat  bekalan air paip bersih sejak 10 tahun lepas, kemudahan asas itu seolah-olah satu kemewahan bagi penduduk di Kampung Rancangan Luboh Peringkat 6, yang terletak hanya 45 minit dari pusat bandar.

Ini kerana penduduk di sini mengadu mereka kerap menghadapi masalah ketiadaan bekalan air paip yang tetap dan sering terputus bekalan air.

Penduduk kampung itu Renni Majin berkata masalah gangguan bekalan air paip memang menjadi perkara rutin yang terpaksa dihadapi penduduk di sini dan rata-ratanya mereka terpaksa bergantung kepada tadahan air hujan bagi menampung keperluan seharian mereka.

"Biasanya dalam seminggu tu, sekurang-kurangnya dua atau tiga hari tidak ada air. Kali terakhir ada air paip ialah pada Khamis lepas, itupun sekejap saja pada tengah malam. Jadi sampai hari ini sudah lima hari tidak ada air paip," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya keadaan menjadi lebih teruk apabila simpanan air tadahan mula berkurangan apabila ketiadaan hujan. 

"Sekarang ini air tangki pun sudah habis sebab tidak ada hujan. Keadaan ini memang payah, anak-anak ke sekolah pun tidak mandi," katanya.

Kampung yang mempunyai kira-kira 160 buah rumah telah disambungkan bekalan air paip bersih sejak 10 tahun lepas dan sebelum itu, selain tadahan air hujan, sumber air bagi penduduk di sini adalah daripada perigi. 

Seorang lagi penduduk Jamat Bungso, 45, berkata tidak ada tindakan penambahbaikan walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Air.

"Itu pun kami tidak pernah menikmati bekalan air paip bersih yang berterusan. Kalaupun air hidup (ada bekalan air) sekejap saja. Lepas itu mati balik.

"Keadaan ini bukan baharu. Sudah bertahun-tahun kami menghadapinya," kata Jamat.

Jamat berkata, walaupun banyak aduan telah dibuat kepada Jabatan Air, keadaan tersebut masih tidak berubah.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel