Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SPRM Sabah kesan dua individu bantu siasatan kes


Tarikh kemaskini: 18/09/2018





KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan suruhanjaya itu.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata individu pertama yang dikesan ialah Chang Kang Vui, 29, yang mempunyai alamat terakhir di Beverly Hill Phase 5, Blok M 3-0, Penampang, Sabah.

Individu kedua yang turut dikesan ialah Adrian Hiew Khai Yuen,24, dengan alamat terakhir di Kedai Kopi Sin Lee, Tingkat 1, Putatan, 88200 Sabah.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa, Mohd Iskandar Rizman di talian 088-488381 atau 012-3023377.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Seri Manjung lokasi baharu catat IPU sangat tidak sihat

 
     

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel