Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peruntukan RM8.5 juta bagi projek tebatan banjir di bandaraya Miri


Tarikh kemaskini: 18/09/2018





MIRI, 18 Sept (Bernama) -- Pelaksanaan sembilan projek tebatan banjir bernilai RM8.5 juta bagi Bandaraya Miri berjalan mengikut jadual dengan enam projek telah siap manakala tiga lagi dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

Majlis Bandaraya Miri (MBM) berkata enam projek yang siap itu melibatkan kerja menaik taraf saliran bagi Jalan Geikie/Jalan Lim Chee Hian, Jalan Kampung Luak, Jalan Krokop 10, Jalan Jee Foh 8A, Jalan Datuk Muip di Taman Piasau dan Jalan Pujut.

"Baki tiga projek lagi dijadual siap sebelum akhir tahun ini,” jelas MBM menerusi satu kenyataan di sini hari ini, dan menambah, Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang melawat ketiga-tiga projek itu minggu lepas untuk meninjau kemajuan projek.

MBM berkata bagi tiga projek yang sedang dalam pembinaan, kerja menaik taraf jalan dan saliran di Jalan Sibu-Miri Taman Tunku kini mencatat kemajuan kerja 50 peratus, Jalan Pujut Adong (85 peratus) dan Jalan Tanjung Batu Pujut (85 peratus).

"Selepas pemeriksaan tapak, Datuk Bandar berpuas hati dengan kemajuan semasa dan baki projek seharusnya siap sebelum musim hujan bermula. Peruntukan RM8.5 juta adalah daripada kerajaan negeri Sarawak,” jelas kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Saya diminta letak jawatan - Bekas pegawai bank Ambank

 
     

Kerajaan lulus RM34 juta untuk sambung bina rumah kedua generasi Felcra

 
     

Najib tidak pernah tanya mengenai terlebih pengeluaran dalam akaunnya - Saksi

 
     

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel