Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Operasi mencari mangsa hilang di Gunung Singai diteruskan


Tarikh kemaskini: 18/09/2018





BAU, 18 Sept (Bernama) – Operasi mencari seorang lelaki berusia 22 tahun yang dilaporkan hilang di atas Gunung Singai di sini semalam diteruskan pagi ini tetapi setakat ini mangsa masih belum ditemui.

Menurut komander operasi yang juga Ketua Balai  Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau Hirwandy Sarbini, setakat pukul 1 tengah hari ini operasi mencari masih diteruskan walaupun hujan di sekitar Gunung Singai.

Mangsa Stanley Kho dilaporkan hilang atas gunung berkenaan sejak petang semalam.

Hirwandy berkata tujuh anggota APM dan seorang orang awam turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat

Menurut Hirwandy,  seorang rakan mangsa yang bernama Alexander Lau telah melaporkan bahawa mangsa menaiki gunung berkenaan seorang diri pada kira-kira jam 8.30 pagi dan kenderaan mangsa masih di tempat parkir sehingga petang semalam.

Katanya, rakan mangsa itu ada berusaha menghubungi telefon bimbit mangsa, namun panggilan tidak dijawab dan empat rakan mangsa kemudian mengambil keputusan untuk naik ke atas gunung berkenaan untuk mencari mangsa.

"Bagaimanapun setelah usaha mencari mangsa gagal, Alexander Lau telah menghubungi BBP Bau pada jam 4.30 petang untuk memohon bantuan khidmat pasukan bomba dan penyelamat untuk mencari mangsa," kata Hirwandy.

Katanya, bertindak atas maklumat tersebut BBP Bau telah menggerakkan sembilan anggota diketuai pegawai bomba Rani Anak Join ke Gunung Singai untuk mencari mangsa.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Seri Manjung lokasi baharu catat IPU sangat tidak sihat

 
     

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel