Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki ditahan, kes kematian sub kontraktor selesai


Tarikh kemaskini: 16/09/2018




SIBU, 16 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki yang diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang sub kontraktor di sini, diberkas petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata dengan penahanan suspek berusia 43 tahun itu di Lorong Chew Siik Hiong di sini oleh pasukan Polis Narkotik Sibu, kes kematian mangsa berusia 51 tahun dan berasal dari Kuching itu, dipercayai selesai.

“Ujian air kencing ke atas suspek didapati positif amphetamine,” katanya, sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini, tiga suspek termasuk seorang wanita berusia antara 23 dan 48 tahun ditahan di Jalan Kampung Nyabor kira-kira 2 pagi tadi, berhubung kes kematian tersebut.

Mangsa ditemui cedera dalam kenderaan pacuan empat roda di persimpangan Jalan Sungai Assan dan Jalan Lanang Barat pagi semalam oleh polis peronda dan dikejarkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut namun meninggal dunia pada 9.56 malam.

Kenderaan mangsa dibawa ke Balai Polis Ulu Lanang, dan peralatan yang lazim digunakan untuk menghisap dadah ditemui di bahagian penumpang belakang. 

Imbasan otak mendapati terdapat tiga kesan pendarahan pada bahagian kanan, hadapan dan tengah otak mangsa selain kesan lebam di lengan kiri, luka kecil di tepi mata kanan dan luka serta lebam pada mata kiri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel