Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

171kg sampah dikutip di Gua Madai, Kunak


Tarikh kemaskini: 16/09/2018




KUNAK, 15 Sept (Bernama) -- Sampah seberat 171 kilogram berjaya dikutip dalam tempoh sejam 30 minit oleh sekumpulan sukarelawan yang menjalankan program pembersihan di sekitar Gua Madai di sini, hari ini.

Sampah sarap itu dikumpulkan di dalam plastik hitam selepas dikutip kira-kira 70 sukarelawan berumur antara 30 dan 50 tahun termasuk anggota badan bukan kerajaan, Trash Hero Borneo yang berpangkalan di  Kunak.

Ketua Trash Hero Borneo, Milerie Lane M Asinti, 31, berkata aktiviti dilaksanakan sempena Hari Pembersihan Sedunia 2018 itu yang diketuai Trash Hero Borneo, turut diadakan serentak di beberapa tempat di Sabah antaranya Pulau Mabul, Semporna dan Pulau Berhala, Sandakan serta Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

"Aktiviti ini adalah program komuniti sukarela dan kita berjaya mengurangkan sampah di sekitar Gua Madai. 

"Gua Madai dipilih sebagai salah satu lokasi pembersihan kerana ia salah satu produk pelancongan daerah ini yang perlu dijaga kebersihannya," kata beliau kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Milerie berkata menerusi pendedahan aktiviti tersebut diharap dapat menyemai sikap pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.

"Usaha kecil ini diharap dapat memberi kesan positif kepada penduduk setempat terutamanya golongan muda dan kanak-kanak," katanya.

Kesemua sampah yang dikutip diangkut Majlis Daerah Kunak (MDK) untuk dihantar ke tempat pelupusan sampah.

Milerie Lane berkata sampah yang dikutip termasuk botol minuman, tin aluminium, plastik, selipar dan polistren. 

Trash Hero Borneo adalah cawangan kumpulan sukarelawan di bawah tadbir Trash Hero World di Switzerland. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel