Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Badang Selangor pecah dua rekod Sukma


Tarikh kemaskini: 14/09/2018





TAPAH, 14 Sept (Bernama) -- Badang Selangor menggamatkan Dewan Merdeka di sini hari selepas memecah rekod kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) dalam kategori snatch serta clean and jerk angkat berat lelaki 56kg.

Mohd Yusoff Nandong, 20, anak kelahiran Tanjung Karang, melakukan angkatan yang memecahkan rekod kejohanan Sukma 116kg pada cubaan kedua, setelah berjaya mengangkat beban 112kg pada cubaan pertama dalam acara snatch.

Rekod kejohanan acara itu dipegang oleh atlet kebangsaan dari Kedah, Mohd Shafiq Ismail dengan angkatan seberat 115kg pada Sukma 2010 di Melaka.

Dalam acara clean and jerk, beliau sekali lagi mengulangi kecemerlangan apabila memadamkan catatan 136kg, juga milik Mohd Shafiq dengan mengangkat 137kg pada cubaan ketiga.

Kejayaan yang dianggap penuh istimewa di pentas terakhir Sukma itu juga boleh dianggap sebagai medan 'tebus kecewa' buat Mohd Yusoff yang sekadar meraih pingat perak dalam acara snatch dan gangsa dalam acara clean and jerk bagi kategori yang sama semasa temasya Sukma 2016 di Sarawak.

“Ini merupakan penyertaan Sukma ketiga saya. Pingat emas yang saya saya menang ini sesuatu yang cukup istimewa kerana saya juga dapat memperbaharui rekod Sukma

Kemenangan ini saya tujukan kepada jurulatih saya Naharuddin Mahayuddin serta semua yang menyokong saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kejohanan itu di Dewan Merdeka di sini petang ini.

Dalam pada itu, pingat perak acara snatch dimenangi atlet Terengganu, Umar Abdul Aziz Mohd Bustaman yang melakukan angkatan 104kg manakala atlet Pahang, Mohamad Taufiq Idham Razali meraih gangsa dengan catatan 103kg.

Pingat perak acara clean & jerk pula disambar atlet Johor, Mohamad Aniq Kasdan dengan angkatan 130kg manakala gangsa dimenangi Umar Abdul Aziz Mohd Bustaman (129kg).

Secara keseluruhan dalam acara angkat berat yang membuka tirai hari ini sehingga 21 Sept, Selangor mendominasi dua pingat emas, diikuti Terengganu dan Pahang masing-masing satu emas

Sukan angkat berat menawarkan 32 pingat emas yang menjadi rebutan 170 atlet yang bersaing dalam acara berkenaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel