Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua nelayan cuba tenggelamkan bot ketika ditahan APMM Kedah


Tarikh kemaskini: 14/09/2018




ALOR SETAR, 14 Sept (Bernama) -- Dua nelayan sanggup menggadai nyawa dengan cuba menenggelamkan bot yang dinaiki mereka bagi menghapuskan bahan bukti ketika ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata pihaknya telah menahan bot yang melakukan kesalahan menggunakan “pukat rawa surung” tersebut pada pukul 5 pagi kira-kira 2 batu nautika selatan Kuala Kedah.

"Terdapat dua nelayan tempatan yang berumur 25 dan 37 tahun di dalam bot tersebut yang telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 iaitu beroperasi tanpa lesen yang sah.

"Bagi menghilangkan bahan bukti, mereka telah menenggelamkan bot dengan cara menyelusuri kawasan air cetek sebelum cuba menterbalikkan bot terbabit namun berjaya disekat pihak APMM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahmad Faizal berkata dua anggota APMM yang berada di atas bot berkenaan turut tercampak ke dalam laut semasa cubaan tersebut namun telah berjaya diselamatkan oleh anggota APMM yang lain.

"Kita telah membawa dua nelayan serta bot berkenaan ke Pejabat Maritim Malaysia Zon Kuala Kedah untuk tindakan selanjutnya," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel