Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Saidatul mahu anak buah guna kelebihan di laman sendiri


Tarikh kemaskini: 14/09/2018





IPOH, 14 Sept (Bernama) – Jurulatih menembak Perak, Saidatul Ashikin Roslan mahu anak buahnya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan menampilkan bidikan terbaik walaupun sedar tekanan dihadapi skuadnya bagi memenuhi sasaran ditetapkan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018.

Beliau berkata sukan menembak memerlukan fokus yang sangat tinggi kerana melibatkan pemikiran, dan sekiranya atlet terbabit menghadapi tekanan atau emosi terganggu, sudah pasti ia akan menjejaskan keputusan bidikan mereka.

“Saya mahu mereka memanfaatkan kelebihan bersaing di gelanggang sendiri, dan dengan sokongan padu ahli keluarga, rakan-rakan serta penyokong Perak, pastinya akan membakar semangat atlet.

“Memang ada sedikit tekanan, tipulah jika saya mengatakan kami tidak tertekan memandangkan kami beraksi di tempat sendiri dan sudah pasti jangkaan yang tinggi daripada pelbagai pihak,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Menembak Darul Ridzuan di sini.

Kontinjen Perak menyasarkan tiga pingat emas dalam acara menembak pada Sukma 2018.

Barisan penembak pasukan tuan rumah itu akan bersaing dalam kategori lelaki bagi acara 50m pistol, berpasukan 50m Pistol dan 10m Air Rifle, manakala berpasukan 10m Air Rifle dalam kategori wanita.

Untuk rekod, pada Sukma 2016 di Sarawak,  Perak berjaya meraih empat pingat emas.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel