Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nur Aisyah tambah koleksi emas berbasikal


Tarikh kemaskini: 14/09/2018




TAIPING, 14 Sept (Bernama) -- Pelumba wanita Terengganu, Nur Aisyah Mohamad Zubir menambah koleksi emas kedua setelah mengungguli acara lepas beramai-ramai wanita pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak hari ini.

Pelumba berusia 21 tahun itu berjaya mempertahankan kejuaraan yang dicapainya pada edisi lepas dengan catatan masa tiga jam 40 saat di Dataran Warisan di sini hari ini.

Pingat perak dan gangsa pula menjadi milik pelumba Sarawak Nur Azrenna Ahmad Jumry dan Sharifah Nur Ilyana Syed Zulkifli dari Terengganu dengan catatan masa 3:00.41s.

“Saya sangat gembira dapat mempertahankan pingat emas, bukan tugas mudah. Banyak lagi perlu saya lakukan, sasaran saya lepas ini untuk meraih tempat dalam skuad kebangsaan ke Sukan SEA Filipina tahun depan.

“Ini adalah penampilan terakhir saya dalam Sukma. Apa yang saya lakarkan di sini akan menjadi sejarah penting untuk kontinjen Terengganu. Saya harap ia menjadi motivasi kepada pelumba lain,” kata Nur Aisyah yang membuat persediaan hampir dua tahun untuk ke temasya itu.

Terdahulu atlet kelahiran Kemaman, Terengganu itu mula mencipta sejarah apabila meraih emas hatrik dalam tiga edisi Sukma berturut-turut bagi acara ujian masa individu setelah mengungguli acara berkenaan Rabu lepas.  

Beliau mengakui semakin hampir untuk menyempurnakan misi merangkul tujuh emas dalam tujuh acara yang disertai pada Sukma edisi kali ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Lapor berita benar, jangan mengadu domba, jaga sensitiviti, kata Undang Luak Jelebu kepada media

 
     

PDRM diarah buat sekatan jalan, halang aktiviti bawa keluar sisa toksik secara runcit

 
     

Jambatan angkat dijangka dibuka 1 Ogos - Exco Terengganu

 
     

Pencemaran udara Pasir Gudang: Sembilan tabika perpaduan ditutup

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel