Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kompaun RM250 terhadap pemilik rumah bertanah yang tidak asingkan sisa


Tarikh kemaskini: 14/09/2018





GEORGE TOWN, 14 Sept (Bernama) -- Bermula 1 Jan depan, kerajaan Pulau Pinang akan menguatkuasakan tindakan kompaun terhadap pemilik kediaman  bertanah yang tidak mengasingkan sisa di punca.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perbandaran dan Pembangunan Luar Bandar negeri Jagdeep Singh Deo berkata tindakan itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan  Pulau  Pinang  bersih, hijau dan selamat.

"Kompaun sebanyak RM250 akan dikenakan jika hasil pemeriksaan yang dilakukan menunjukkan polisi itu tidak dipatuhi oleh kediaman-kediaman bertanah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jagdeep berkata penduduk perlu mengasingkan bahan buangan  di kediaman mereka dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil sampah-sampah yang boleh dikitar semula yang diasingkan itu pada setiap Sabtu.

Pelaksanaan penguatkuasaan itu penting bagi memberi  kesedaran kepada rakyat, katanya.

Beliau berkata kutipan barang kitar semula itu akan dijual dan hasil daripada kutipan tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun PBT.

"Kita boleh lihat dari 1 Jun 2016 hingga 31 0gos 2018, kita ada 329,000 kilogram barang kitar semula yang membawa hasil sebanyak RM80,079 bagi kedua-dua pihak PBT ini (Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai),” katanya.

Beliau berkata sebelum ini tindakan penguatkuasaan yang bermula pada 1 Jun tahun lepas itu hanya dikenakan terhadap beberapa jenis premis, tidak termasuk hartanah bertanah. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel