Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pasukan boling padang wanita NS tarik diri akibat virus beguk


Tarikh kemaskini: 14/09/2018




IPOH, 14 Sept (Bernama) –  ??????Pasukan boling padang wanita Negeri Sembilan menjadi pasukan kedua menarik diri daripada Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 akibat jangkitan virus beguk selepas pasukan futsal wanita dan lelaki Sabah berbuat demikian, awal minggu ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How berkata sembilan atlet wanita dan dua pegawai telah pulang ke Negeri Sembilan malam tadi untuk tujuan rawatan serta pemulihan.

Katanya laporan Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesahkan seorang atlet wanita pasukan itu berumur 19 tahun mengidap virus beguk.  

Menurut Howard wanita itu dikesan mengalami gejala sakit rahang kiri Isnin lepas (10 Sept) dan keputusan sampel ‘buccal mucosa swab’ yang diambil pada Rabu (12 Sept) mendapati atlet itu positif beguk.

“Seramai lapan atlet wanita dan dua pegawai pasukan boling padang wanita Negeri Sembilan terdedah dengan pesakit indeks di mana mereka mempunyai peratusan tinggi untuk berjangkit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Howard, kes terbaharu membabitkan kontinjen Negeri Sembilan itu tiada kaitan dengan kes melibatkan pasukan futsal wanita Sabah yang disahkan positif sebelum ini.

Katanya siasatan mendapati atlet boling padang itu mempunyai sejarah kontak (hubungan) pada 26 Ogos lepas dengan adiknya yang menghidapi beguk.

Dalam pada itu, Howard berkata pasukan boling padang Negeri Sembilan akan membawa seorang atlet wanita ke sini untuk beraksi dalam acara campuran. 

Beliau berkata berdasarkan yang diperoleh, pasukan wanita yang terlibat tidak mempunyai hubungan rapat dengan pasukan boling padang lelaki sama ada semasa latihan atau semasa perjalanan.

“Oleh itu, pasukan boling padang lelaki Negeri Sembilan boleh meneruskan penyertaan mereka dalam pertandingan Sukma,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel