Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

24 individu ditahan dalam Op Cantas Khas


Tarikh kemaskini: 14/09/2018




ALOR SETAR, 14 Sept (Bernama) -- Polis menahan 24 individu atas pelbagai kesalahan jenayah dalam 'Op Cantas Khas' yang dijalankan di seluruh negeri ini dalam tempoh 24 jam bermula Rabu hingga semalam (Khamis).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata operasi itu dilakukan menerusi serbuan di rumah suspek terlibat dan juga sekatan jalan raya.

"Seramai lapan individu ditahan atas kesalahan samun, kes harta benda termasuk pecah rumah (10 individu), gaduh (dua individu), seorang disyaki terlibat kes rogol dan tiga lagi lain-lain kesalahan seperti curi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata semua yang ditahan berumur antara 20-an dan 40-an.

Polis turut merampas rangka motosikal, telefon bimbit dan mesin canai berkaitan pelbagai kesalahan jenayah antaranya curi, pecah masuk rumah dan ceroboh.

Katanya pihak polis akan meneruskan operasi itu bagi membawa penjenayah dikehendaki ke muka pengadilan, selain mewujudkan persekitaran selamat dalam masyarakat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan

 
     

Populasi badak sumbu Sumatera tidak lagi dikesan di Sabah

 
     

Kerajaan Kedah pinjam bank luar, tambah baik infrastruktur bekalan air

 
     

Sektor industri disasar sumbang 35 peratus kpd KDNK Sabah menjelang 2030

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel