Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bidang pendidikan diberi peruntukan besar - MB Perak


Tarikh kemaskini: 14/09/2018





TAPAH, 14 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Perak akan menyediakan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya akan mengumumkan jumlah peruntukan itu pada pembentangan Bajet 2018 kerajaan negeri tidak lama lagi.

"Sudah tentu sektor pendidikan akan menjadi perhatian yang khusus dalam bajet tahun depan kerana saya fikir ia (peruntukan pendidikan) amat penting untuk anak-anak mendapat akses dalam bidang pendidikan dengan sempurna

"Peruntukan dalam bidang pendidikan juga merupakan satu pelaburan yang penting bagi kerajaan negeri kerana apabila mereka sudah berjaya, ia akan membantu memajukan negeri ini sekali gus impian untuk menjadikan Perak sebagai nombor satu dalam bidang pendidikan akan menjadi kenyataan satu hari nanti," katanya.

Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chenderiang bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Student Exam Kit 2018 di Sekolah Menengah Sains Tapah di sini hari ini.

Seramai 1,524 pelajar di DUN Chenderiang yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah, PT3, dan Sijil Pelajaran Malaysia menerima sumbangan berupa alat tulis peperiksaan sumbangan Yayasan Perak.

Mengulas mengenai sumbangan berkenaan, Ahmad Faizal berkata ia dilakukan setiap tahun bagi memberi semangat kepada pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang dihadapi.

"Walaupun ia bukanlah satu bantuan yang besar tetapi ia lebih kepada memberi semangat untuk anak-anak menghadapi peperiksaan dan usaha sebegini perlu diteruskan" katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel