Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Geran percuma usahawan mungkin dikurangkan dalam Bajet 2019 - Mohd Redzuan


Tarikh kemaskini: 13/09/2018




KOTA BHARU, 13 Sept (Bernama) --  Kementerian Pembangunan Usahawan membayangkan kemungkinan geran kewangan yang disalurkan secara percuma kepada usahawan di negara ini akan dikurangkan dalam Bajet 2019.

 Menterinya Mohd Redzuan Md Yusof berkata langkah itu bagi memastikan usahawan tidak menyalah guna peruntukan untuk tujuan selain perniagaan.

"Kita masih lagi merancang untuk bajet akan datang tapi saya nak beritahu awal, kita kena ketepikan jangkaan lebih banyak bantuan-bantuan berbentuk percuma (akan diberikan kerajaan kepada usahawan).

"Namun kita akan bagi bantuan kepada kumpulan sasaran. Kita mahu orang yang betul-betul ada merit dan kita akan bantu (usahawan terbabit)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan  bangunan tambahan Kilang My-Sutera Sdn Bhd dan pelancaran mega Canggih Shoppe di Padang Tembak di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalannya Dr Mohd Hatta Md Ramli dan Pengerusi Kumpulan My-Sutera Sdn Bhd Annas Ahmad. 

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan turut membayangkan bantuan yang akan diberikan kepada usahawan pada tahun depan lebih berbentuk kepada pinjaman.

"Kalau (diberikan) bantuan percuma, kalau habis, habis begitulah, tak ada pulangan untuk usahawan lain. Jadi kita nak letak (beri pinjaman) kepada usahawan dan usahawan terbabit pulangkan balik pinjaman dan pinjaman yang dipulangkan itu dapat digunakan untuk membantu usahawan lain pula.

"Dengan skim sebegitu saya rasa kita boleh jana lebih banyak lagi usahawan," katanya sambil menambah pinjaman akan diberikan tanpa memilih mana pihak walaupun berbeza pandangan politik ataupun bangsa.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel