SxAW0aJB-oI Dua lelaki lakukan dua samun selang tempoh 15 minit
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lelaki lakukan dua samun selang tempoh 15 minit


Tarikh kemaskini: 12/09/2018





ALOR SETAR, 12 Sept (Bernama) -- Polis sedang mengesan dua lelaki yang melakukan dua kes samun dalam tempoh selang 15 minit di sebuah kedai dobi layan diri dan kedai runcit 24 jam di Sungai Petani, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Sazalee Adam berkata dalam kejadian pertama kira kira pukul 7 pagi semalam, seorang wanita berusia 37 tahun kerugian RM10,000 selepas disamun dua lelaki berkenaan di kedai dobi layan diri 24 jam di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, semalam.

"Ketika kejadian wanita terbabit berada berseorangan di dalam kedai sebelum seorang lelaki masuk dan bertanyakan tentang bajunya yang hilang sebelum mendekati mangsa dan cuba merampas beg tangan. Suspek yang terkejut cuba menarik beg tangannya namun terpaksa menyerahkan selepas diacukan parang oleh suspek.

"Pada masa itu, seorang lagi rakan suspek masuk ke kedai dan menarik barang kemas dileher, tangan dan jari mangsa serta merampas kunci kereta jenis Pesona milik mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang mengalami kerugian berjumlah RM10,000 itu telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

Sementara itu, Sazalee berkata selang 15 minit kemudian kedua-dua suspek yang sama turut menyamun sebuah kedai runcit 24 jam di Jalan Kelab Cinta Taman Ria, Sungai Petani.

"Semasa kejadian, pekerja yang berada di kaunter pembayaran didatangi seorang lelaki yang mahu membeli kad prabayar dan semasa hendak mengambil kad yang diminta lelaki terbabit telah meletak sebilah pisau panjang dileher mangsa.

"Suspek memaksa mangsa membuka laci tempat menyimpan wang sebelum mengambil wang tunai dan beberapa barang milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM4,500," katanya.

Mangsa sempat menekan butang siren di bawah laci kaunter dan suspek yang terkejut terus melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Saga Aeroback berwarna kelabu yang nombor pendaftarannya ditutup yang berada dihadapan kedai.

Beliau berkata hasil siasatan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua suspek tersebut merupakan suspek yang sama dalam kejadian samun kedai dobi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel