Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedah terlepas pingat emas badminton, Zii Jia tarik diri akibat kecederaan


Tarikh kemaskini: 11/09/2018





IPOH, 11 Sept (Bernama) – Kontinjen Kedah terlepas pingat emas acara individu lelaki apabila pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Lee Zii Jia disahkan tidak beraksi pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak akibat kecederaan.

Ketua jurulatih badminton Kedah, Ari Anshori berkata Zii Jia terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu kerana mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan dinasihati oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) serta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk berehat sekurang-kurangnya dua minggu.

“Zii Jia merupakan pemain pilihan utama di Sukma Perak kali ini, selepas balik daripada Sukan Asia baru-baru ini, beliau mengalami kecederaan iaitu sakit belakang badan.

“Beliau mahu turun beraksi di Sukma tetapi untuk mengelakkan kecederaan bertambah teruk, Zii Jia tidak beraksi kali ini,” katanya.

Jurulatih dari Indonesia itu berkata sasaran pingat kini tertumpu kepada beregu wanita dan beregu campuran.

“Jika Zii Jia ada, berpasukan mungkin berpotensi ke final bagi acara berpasukan lelaki jadi target berpasukan lelaki adalah semifinal sahaja,” jelasnya.

Pencapaian terbaik skuad badminton Kedah di Sukma adalah pada edisi 2010 di Melaka iaitu satu pingat emas berpasukan lelaki dan dua perak bagi acara beregu campuran serta perseorangan lelaki.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel