Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bonus RM1,000 tunai menanti pemenang pingat emas kontinjen Kedah di Sukma Perak


Tarikh kemaskini: 11/09/2018




IPOH, 11 Sept (Bernama) – Wang tunai berjumlah RM1,000 menanti pemenang pingat emas bagi kontinjen Kedah pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 Perak yang membuka tirainya hari ini dan berlangsung sehingga 22 Sept ini.

Ketua Kontinjen Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata ganjaran itu tidak termasuk insentif yang diumumkan sebelum ini iaitu acara individu pingat emas meraih RM3,500, pingat perak 2,000 dan pingat gangsa RM1,000.

Mohd Asmirul berkata ganjaran itu adalah bonus sebagai penyuntik semangat kontinjen Kedah mempamerkan prestasi cemerlang pada edisi Sukma kali ini.

“Sasaran kita adalah 25 pingat emas pada kali ini. Jika atlet menang pingat emas, pihak kami akan terus memberikan duit tunai di venue pertandingan bernilai RM1,000.

“Terima kasih kepada penganjur menyediakan penginapan dan logistik terbaik untuk kontinjen kami,” katanya ketika ditemui di Arena Badminton Amanjaya, Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh, hari ini.

Kedah menyasarkan kutipan 25 pingat emas daripada keseluruhan 28 acara dipertandingkan dan antara prospek medal daripada acara skuasy, pelayaran, badminton, basikal, bola sepak dan muay thai.

Kontinjen itu menghantar 469 atlet dan 197 pegawai yang akan mengambil bahagian dalam 28 acara di sukan dwitahunan kali ini.

Antara atlet yang bakal beraksi pada Sukma kali ini ialah pemenang pingat emas di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 dalam acara pelayaran, Muhammad Fauzi Kaman Shah.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel