Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelajar sekolah maut motor langgar kerbau


Tarikh kemaskini: 08/09/2018




KAMPAR, 8 Sept (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki sekolah menengah maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor kerbau di KM 16 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini awal pagi tadi.

Muhamad Naqib Zubair Zamrullizam, 15,  dari Kampung Kepayang, Ipoh, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh akibat kecederaan parah dalam kejadian kira-kira 2.34 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan ke Gopeng. 

“Kita masih menyiasat bila dan bagaimana kejadian berlaku serta segala butiran mengenai motosikal mangsa semasa kejadian tersebut belum diperoleh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel