Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki maut dipercayai dipijak gajah dekat Padang Terap


Tarikh kemaskini: 08/09/2018




ALOR SETAR, 8 Sept (Bernama) – Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipijak seekor gajah semasa dalam perjalanan pulang bersama abangnya dari dusun yang terletak di pinggir hutan di Kampung Kah Ing dekat Padang Terap petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Noh Idris berkata Mat Juhid Osman, 49, dari Kampung Hulu Padang Sanai Kanan, Kuala Nerang mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta patah tangan setelah dipercayai diserang seekor gajah dalam kejadian 6.30 petang itu.

“Mangsa bersama abangnya dalam perjalanan pulang dari dusun di Kampung Kah Ing, tiba-tiba telah (dipercayai) diserang seekor gajah. Abang mangsa kemudian membawa adiknya ke Hospital Kuala Nerang dan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noh berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dihubungi untuk mengesan gajah berkenaan sama ada masih berada di kawasan sekitar atau sebaliknya.

Sementara itu, Jurucakap Perhilitan Kedah ketika dihubungi Bernama memaklumkan pegawai Perhilitan sedang menyiasat kejadian itu termasuk memantau keadaan di laluan masuk ke dusun berkenaan.

“Buat masa sekarang pihak kita buat pemantauan di laluan masuk ke dusun tersebut antara lain bagi mengelakkan penduduk kampung ambil tindakan sendiri sekiranya mereka terjumpa gajah berkenaan.

“Setakat ini, gajah terbabit tidak ditemui, kemungkinan sudah lari masuk ke hutan dalam sana…sekiranya didapati masih ada gajah masih berkeliaran di kawasan penduduk selepas ini, kami akan usaha memindahkan gajah tersebut demi keselamatan orang kampung,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel