Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Naik taraf KUIPs: Raja Muda Perlis minta selesai semua isu


Tarikh kemaskini: 08/09/2018





LANGKAWI, 8 Sept (Bernama) -- Proses menyediakan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ke arah universiti penuh perlu mengambil kira semua isu yang boleh memberi kesan kepada usaha ini, titah Canselor KUIPs Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed  Sirajuddin Jamalullail.

Baginda yang juga Raja Muda Perlis bertitah tanpa mengira besar atau kecilnya sesuatu isu itu, semuanya perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan kejayaan usaha penaiktarafan kolej universiti ini.

“Lima tahun ini (untuk KUIPs dinaik taraf menjadi universiti penuh) bukanlah suatu tempoh masa yang lama sebenarnya dan gunakanlah kesempatan ini untuk mengikuti serta berada seiring dengan pelan strategik yang telah dirangkakan sebaiknya,” titah baginda ketika merasmikan Bengkel Perancangan Strategik KUIPs di sini malam tadi.

Baginda bertitah bengkel yang disertai anggota lembaga pengarah dan ketua-ketua jabatan KUIPs ini adalah medium terbaik bagi memuktamadkan keputusan terhadap strategi kolej universiti untuk bergerak ke hadapan dan berdaya saing.

Turut hadir Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Rektor KUIPs Prof Madya Datuk Dr Mohd Radhi Othman.

Kolej yang ditubuhkan pada 3 Mac 2013 itu setakat ini mempunyai 597 penuntut yang mengikuti 14 program menerusi enam jabatan pengajian.

Pengerusi lembaga pengarahnya Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata hasrat menjadikan KUIPs sebuah universiti penuh turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan baru-baru ini.

Katanya menerusi kesepaduan dan komitmen yang ditunjukkan setiap pemegang taruh dalam projek ini, beliau berkata berkemungkinan hasrat tersebut boleh dicapai lebih awal.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Azis Jamman cedera ringan terlibat nahas jalan raya di Nabalu, Kundasang

 
     

Projek pembinaan ECRL beri keutamaan kepada rakyat tempatan - MB

 
     

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel