Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version
 
 

Lima perkampungan Orang Asli nikmati kemudahan sistem penapis air


Tarikh kemaskini: 07/09/2018




PETALING JAYA, 7 Sept (Bernama) -- Lima perkampungan Orang Asli di Tasik Chini, Pahang akan mendapat bekalan air bersih melalui inisiatif oleh Nestle Malaysia dan Yayasan Keamanan Global (GPF).

Di bawah projek khidmat masyarakat, “Air Bersih, Masyarakat Selamat”, sistem penapis air akan dipasang untuk membekalkan air bersih kepada lebih 650 orang penduduk Orang Asli. 

Sistem penapis air menggunakan teknologi yang direka bentuk oleh Switzerland itu diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Sistem tersebut dapat membunuh bakteria dan menyediakan air bersih dan bebas bahan kimia kepada masyarakat.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Nestle Malaysia, Nirmalah Thurai berkata air adalah penting untuk kehidupan dan akses kepada air yang bersih dan selamat adalah hak asasi manusia, yang merupakan keperluan asas bagi masyarakat.

“Bagaimanapun, terdapat masyarakat luar bandar di Malaysia yang mempunyai akses yang terhad bagi air bersih kerana tinggal di lokasi terpencil dan tidak mempunyai peralatan yang mencukupi untuk mendapatkan air bersih yang telah ditapis.”

“Kami gembira untuk melaksanakan projek ini bersama dengan rakan kami GPF, yang akan membolehkan kami membantu meningkatkan kualiti hidup untuk komuniti dengan menyediakan air bersih yang mampan,” kata beliau pada majlis pelancaran projek Air Bersih, Masyarakat Selamat di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Keamanan Global, Dr Teh Su Thye.

Kerjasama antara GPF dan Nestlé Malaysia akan menyaksikan pemasangan sistem penapis air di komuniti tersebut, diikuti aktiviti penglibatan masyarakat dan latihan Air, Sanitasi dan Kebersihan (WASH) untuk kanak-kanak dan orang dewasa bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan diri dan kebersihan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Penyelam SAR tunggu situasi ‘slack water’ untuk ikat SUV

 
     

Kerja menaikkan kereta terhumban bermula pukul 9 pagi

 
     

Insiden Jambatan Pulau Pinang: Kejadian kelima sejak 2010

 
     

Pencarian SAR kereta terhumban dijambatan dibahagi 4 sektor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel