Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Fasa satu Pusat Perubatan Sunway Pulau Pinang dijangka siap suku keempat 2020


Tarikh kemaskini: 07/09/2018




BUTTERWORTH, 7 Sept (Bernama) -- Sunway Group menjangka menyiapkan fasa satu projek Pusat Perubatan Sunway di Seberang Jaya, di sini, pada suku keempat 2020, kata Pengasas dan Pengerusinya Tan Sri Dr Jeffrey Cheah. 

Menurutnya, pembinaan projek itu dengan nilai pembangunan kasar RM300 juta bermula hari ini.

Hospital dengan 180 katil itu akan juga mempunyai unit penjagaan intensif dengan enam katil, katanya kepada pemberita semasa upacara pecah tanah projek berkenaan hari ini. 

Cheah berkata, fasa dua, bagi pengembangan hospital itu akan meningkatkan kapasiti katil kepada 350 dan menambahkan RM100 juta lagi kepada jumlah nilai pembangunan kasar.

Berkenaan Pusat Perubatan Sunway di Sunway Velocity, Kuala Lumpur, beliau berkata ia masih dalam pembinaan dan dijangka siap dalam suku kedua 2019.

Menurutnya, 40 profesional penjagaan kesihatan dan hospitaliti juga telah melahirkan minat untuk bekerja di pusat perubatan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Urusan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Sunway Group Lau Beng Long berkata kumpulan tersebut yakin Pusat Perubatan Sunway akan dapat menarik pakar perubatan Malaysia yang bekerja di negara luar untuk kembali ke tanah air. 

Sunway Group merupakan satu daripada konglomerat terbesar Malaysia yang ditubuhkan sejak 1974, dengan aktiviti utama dalam hartanah, pembinaan, pendidikan dan penjagaan kesihatan. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel