Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tengku Abdullah sertai Royal Pahang Billfish International


Tarikh kemaskini: 07/09/2018




KUANTAN, 7 Sept (Bernama) -- Penganjuran Royal Pahang Billfish International 2018 bakal mencatat sejarah apabila Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli menyertai kejohanan memancing di perairan Rompin mulai 14 hingga 16 Sept ini.

Timbalan Pengarah Tourism Malaysia negeri Salimah Mohd Ali berkata ia adalah penyertaan kali kedua Tengku Abdullah dalam pertandingan itu iaitu sejak ia mula dianjurkan pada 2004.

“Kali pertama baginda menyertai kejohanan ini ialah pada 2009 dan sokongan berterusan yang ditunjukkan Tengku Abdullah menambahkan lagi prestij penganjuran sukan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 27 pasukan telah mengesahkan penyertaan termasuk 10 pasukan dari Filiphina, Thailand, Jepun serta Singapura, dan jumlah peserta dijangka akan bertambah hingga hari pelepasan.

Katanya untuk kejohanan yang berkonsepkan tangkap dan lepas itu, setiap pasukan akan diwakili tiga peserta dan pemenang akan diambil kira melalui bilangan ikan layaran yang berjaya dipancing.

Kejohanan kali ke-14 itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM60,000 serta trofi dan sijil.

Majlis pelepasan peserta akan disempurnakan Tengku Abdullah sendiri di Jeti Pantai Bernas, Rompin pada 15 Sept.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel