Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM diminta tempatkan anggota bendung kegiatan nelayan bot kenka


Tarikh kemaskini: 07/09/2018




PARIT BUNTAR, 7 Sept (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini diminta menempatkan anggota pemantau sementara di sekitar Sungai Baru dan Sungai Burung dekat Kuala Kurau bagi membendung pencerobohan nelayan pukat kenka (pukat tunda dua bot).

Pengerusi Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Abdul Yunus Jamhari berkata langkah tersebut perlu untuk memastikan nelayan tradisional tidak terancam dengan pencerobohan itu di kawasan tangkapan nelayan di sini.

Beliau berkata ancaman nelayan bot pukat kenka masih berleluasa dan ia telah menjejaskan pendapatan nelayan tradisional termasuk kerosakan pukat nelayan akibat dilanda pukat kenka.

“Saya minta APMM tempatkan anggota pemantau yang akan membolehkan tindakan diambil terhadap nelayan pukat kenka yang menceroboh itu.

“Walaupun mereka mendakwa kekurangan aset tetapi saya yakin penempatan anggota akan membolehkan kegiatan pencerobohan pukat kenka ditangani,” katanya pada sidang media selepas majlis Hari Bersama Pelanggan di Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau dekat sini hari ini.

Abdul Yunus yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau berkata beliau sering menerima aduan nelayan tradisional mengenai kerosakan pukat, bubu serta kolam ternakan akibat dilanda bot tunda dan bimbang jika tidak ditangani segera boleh menimbulkan pergaduhan antara nelayan terlibat.

Selain itu, katanya kegiatan tonto sentiasa menyebabkan operasi daripada APMM gagal apabila golongan tersebut bertindak memaklumkan kepada nelayan pukat kenka setiap kali sebelum APMM mengadakan operasi membanteras kegiatan nelayan berkenaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel