Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Operator kilang maut rempuh kenderaan dekat Sungai Petani


Tarikh kemaskini: 07/09/2018




ALOR SETAR, 7 Sept (Bernama) – Seorang operator sebuah kilang di sini maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail berhampiran Pondok Polis Sidam Kiri dekat Sungai Petani pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Sazalee Adam berkata kejadian berlaku pada 10.50 pagi tadi menyebabkan mangsa R. Anbarasu, 37, maut di tempat kejadian kerana dipercayai patah pada bahagian leher.

“Ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu dalam perjalanan dari arah laluan utama iaitu dari Sidam Kiri ke arah bandar Sungai Petani, namun tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai tidak mematuhi lampu isyarat merah di simpang tiga tersebut lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan SUV yang sedang membelok ke kanan dari arah Bandar Puteri Jaya menghala bandar Sungai Petani.

"Akibat rempuhan itu, mangsa maut di tempat kejadian dipercayai patah bahagian leher manakala pemandu Nissan X-Trail, seorang lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sazalee berkata ujian saringan urin terhadap pemandu Nissan X-Trail itu mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel