Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas 97 tahun antara peserta APMG


Tarikh kemaskini: 06/09/2018




GEORGE TOWN, 6 Sept (Bernama) -- Warga emas berusia 97 tahun adalah antara perserta yang akan menyertai Asia Pacific Masters Games (APMG) Penang 2018 yang akan berlangsung dari 7 hingga 15 Sept ini.

Peserta dari New Zealand itu akan menyertai acara Ping Pong pada kejohanan yang mempertandingkan 22 acara keseluruhannya.

Ketua Pegawai Eksekutif APMG Penang 2018 Linda Geh berkata peserta lelaki itu merupakan peserta paling tua pada kejohanan itu diikuti peserta wanita dari Rusia yang berumur 86 tahun.

"Peserta paling muda pula berusia 26 tahun menyertai acara renang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata turut menyertai kejohanan itu ialah bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Rashid Hasnon yang akan menyertai acara bola sepak dan penyanyi D.J. Dave serta bekas atlet kebangsaan Hafiz Hashim yang menyertai acara badminton.

APMG 2018 itu adalah yang pertama kali seumpamanya diadakan di Asia Tenggara. Sebelum ini ia diadakan di New Zealand dan Australia. 

Linda berkata penganjuran APMG 2018 kali ini mendapat penyertaan daripada 64 negara termasuk Korea Utara.

Sementara itu, Pengarah Publisiti dan Media Loganath Velloo berkata jalan Lorong Kulit (sekitar kawasan Stadium Bandaraya) akan ditutup Sabtu ini bermula pukul 4 petang sehingga lewat malam sempena upacara pembukaan kejohanan itu.

"Saya nasihatkan orang ramai untuk datang lebih awal di samping berkongsi kereta bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sembilan pili air awam bagi hadapi gangguan bekalan air bermula esok

 
     

Konsul Indonesia di Pulau Pinang mahu penjelasan kes Adelina

 
     

Penganjuran e-sukan menguntungkan negara

 
     

Takaful IKHLAS perkenal IWE sebagai platform peserta bantu masyarakat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel