Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Philips Malaysia buka grand store di Pulau Pinang


Tarikh kemaskini: 06/09/2018




GEORGE TOWN, 6 Sept (Bernama) -- Philips Malaysia melancarkan kedai Brand Store di sini –  yang pertama di wilayah utara – dalam usahanya mengembangkan rangkaian kedainya itu di seluruh negara. 

Pengurus Negaranya, Muhammad Ali Jaleel berkata dengan kedai Philips Brand Store baharu ini, pelanggan di Pulau Pinang akan menikmati pengalaman membeli belah yang selesa di samping ditawarkan dengan pelbagai produk Philips yang menarik dan inovatif.

"Ia adalah pusat sehenti yang menawarkan pengalaman membeli belah yang mengujakan apabila para pelanggan akan dapat melihat pelbagai jenis produk kami di sini. 

"Mereka boleh melihat dan menyentuh sendiri produk yang mana akan dapat membantu mereka memahami dengan lebih mendalam ciri-ciri utama serta manfaatnya dan juga boleh bertanyakan soalan kepada kakitangan kedai,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kedai itu di Gurney Plaza, di sini, hari ini.

Kedai itu dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Domestik dan Antarabangsa, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan negeri  Datuk Abdul Halim Hussain.

Muhammad Ali berkata memandangkan Philips Malaysia bertapak kukuh di wilayah utara, ia merancang untuk menjalin perkongsian dengan korporat tempatan. 

Beliau berkata kedai itu juga merupakan satu lagi langkah dalam visi mereka untuk meningkatkan kehidupan rakyat menerusi inovasi yang bermakna dengan mewujudkan kesedaran dan akses terhadap produk Philips.  

"Hari ini merupakan satu lagi kejayaan penting yang dicapai Philips Malaysia dalam strategi pengembangan seluruh negara kami, dan kami berharap dapat membuka kedai Brand Store di semua bandar utama di Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya.

Philips Brand Store dibahagikan kepada pelbagai bahagian produk dan kategori seperti perkakas dapur, ibu dan penjagaan kanak-kanak, dandanan lelaki, produk kecantikan, kesihatan mulut, pembersih udara, pencuci lantai dan sistem seterika.  

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel