Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis periksa semula premis perjudian, pastikan operasi dihentikan


Tarikh kemaskini: 06/09/2018




ALOR SETAR, 6 Sept (Bernama) -- Bagi memastikan usaha pihak polis membanteras kegiatan perjudian berjaya, pemeriksaan semula di premis yang terlibat akan terus dilaksanakan bagi memastikan aktiviti haram itu sudah dihentikan sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata sejak Januari lalu pihaknya telah memohon 27 waran geledah daripada mahkamah bagi membolehkan pihak polis membuat pemeriksaan terhadap premis perjudian yang telah dikenal pasti.

"Daripada 27 pemohonan, sebanyak 12 waran geledah telah diluluskan dan ia bagi membolehkan polis memeriksa semula premis judi yang dipercayai masih aktif menjalankan kegiatan itu walaupun pernah diserbu sebelum ini.

Berdasarkan keseluruhan pemeriksaan terhadap premis berkenaan, kami mendapati sebahagian besar pusat perjudian yang pernah diserbu sebelum ini sudah tidak beroperasi memandangkan ia sudah dikosongkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di premis perjudian di Taman Saga di sini, hari ini.

Beliau berkata ini merupakan usaha berterusan pihak polis bagi memastikan operasi perjudian di daerah itu ditutup sepenuhnya.

"Setakat serbuan semula yang dijalankan, tiada peralatan perjudian yang ditemui namun sekiranya ada ia akan dirampas dan sebab itu kita akan terus memohon waran geledah terhadap premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian.

Saya juga harap masyarakat setempat dapat terus membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti ini," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     

Penubuhan KPSM inisiatif tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil

 
     

Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah

 
     

Program 'Anak Kami' PPIM bantu bayi tidak sah taraf dapat keluarga angkat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel