DCfZG4PlE8s Johor komited lahirkan tenaga mahir dalam industri berasas bioteknologi
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Johor komited lahirkan tenaga mahir dalam industri berasas bioteknologi


Tarikh kemaskini: 04/09/2018




ISKANDAR PUTERI, 4 Sept (Bernama) -- Kerajaan Johor komited untuk terus melahirkan tenaga mahir dan pakar bagi memenuhi keperluan dalam industri berasaskan bioteknologi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Dr S.Ramakrishnan berkata ini kerana kekurangan tenaga mahir berasaskan bioteknologi dilihat merencatkan perkembangan industri itu khususnya pelaburan di taman bioteknologi dan ekosistem, Bio-XCell Malaysia, seluas 64.7 hektar di Kawasan Perindustrian SiLC, di sini.

"Kita (kerajaan negeri) mahu industri ini (bioteknologi) berkembang maju kerana ia amat berpotensi. "Berdasarkan lawatan saya hari ini, kita berbincang mengenai tenaga mahir di Bio-XCell ini, adakah ia mencukupi dan cabaran-cabaran dihadapi pelabur dalam menyediakan pekerja-pekerja berkemahiran ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Bio-XCell Malaysia, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Bio-XCell Malaysia Mazlan Ami dan Pengurus Besar Unit Swadaya Insan Negeri Johor Dr Khalid Jusoh. 

Ramakrishnan berkata langkah tenaga mahir tempatan yang lebih berminat bekerja di Singapura berikutan gaji yang lebih lumayan juga dilihat antara faktor kekurangan tenaga mahir di Bio-XCell.

Beliau berkata ketika ini hanya terdapat kira-kira 700 pekerja mahir di sekitar Bio-XCell yang menempatkan beberapa syarikat termasuk Biocon (India), Enaq Sauce (Malaysia) serta Hydromission dan BioAyzia (Singapura) sedangkan kawasan itu yang beroperasi sejak enam tahun lepas, memerlukan lebih ramai tenaga mahir.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan negeri dan pusat menerusi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia perlu mengambil langkah sewajarnya untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir.

"Kementerian Pendidikan perlu mengemas kini silibus pengajian di 15 universiti tempatan supaya graduan yang dilahirkan selari dengan kehendak majikan dalam industri bioteknologi," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel