Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version
 
 

Penubuhan Universiti Johor diperkenan Sultan Ibrahim - Exco


Tarikh kemaskini: 16/08/2018




ISKANDAR PUTERI, 16 Ogos (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memperkenankan penubuhan Universiti Johor, Jun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor Aminolhuda Hassan berkata beberapa jawatankuasa panel penasihat dan sekretariat diwujudkan sejak awal Jun lepas bagi membolehkan kajian dan gerak kerja penubuhan universiti itu.

"Beberapa siri mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan konsep dan falsafah asas Universiti Johor. Pada 19 Jun lepas, Sultan Ibrahim telah perkenan penubuhan Universiti Johor dan pada 24 Julai lepas, perjumpaan bersama Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik juga telah dilakukan bagi membincangkan penubuhan universiti itu.

"Kertas asas perancangan Universiti Johor telahpun dibentangkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ), Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Tinggi serta wakil Menteri Pendidikan pada 6 Ogos lepas," katanya pada sesi penggulungan. 

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Aminolhuda berkata pihaknya menerima maklum balas positif dan semua pihak amat komited bagi membantu kerajaan negeri merealisasikan penubuhan universiti tersebut.

Beliau berkata Universiti Johor akan memperkenalkan konsep 'Quadruple Helix' iaitu kerjasama universiti, industri, kerajaan dan komuniti di mana setiap graduan yang lahir daripada Universiti Johor merupakan graduan yang memenuhi kehendak industri, kerajaan dan komuniti.

"Pihak kerajaan sememangnya komited dalam merealisasikan Universiti Johor yang merupakan salah satu manifesto Pakatan Harapan dan memastikan manfaatnya dinikmati rakyat," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

DUN Pahang lulus usul tolak ratifikasi ICERD

 
     

MB Johor dahului 62 penerima pingat darjah kebesaran Johor

 
     

Majlis Daerah Jempol diisytihar Majlis Perbandaran Jempol tahun hadapan

 
     

Contohi akhlak mulia Rasullullah S.A.W - Tun Juhar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel